PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa yang sudi mendaftarkan anak-anak mereka ke MCKK.

Sumbangan terus tahunan oleh ahli-ahli PIBG amat penting kerana ianya adalah alat untuk menaikkan lagi segala usaha pentadbiran MCKK – untuk menjayakan anak-anak kita juga. Antara lain, ianya membantu pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum serta kebajikan para pelajar yang melibatkan peruntukan daripada pihak PIBG.

Peruntukan yang tertinggi (dari sumbangan terus) yang dibelanjakan oleh PIBG adalah untuk memenuhi keperluan program-program akademik sekolah. Antara lain, ianya memantapkan PDPR dalam situasi Covid 19. Ini membolehkan akses PDPR kepada semua para pelajar MCKK.

Pengiktirafan MCKK sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), School of Global Excellence (SGE), Middle Years Program International Baccalaureate (MYPIB), Sekolah Amanah dan sebagainya menunjukkan bahawa pencapaian MCKK berada pada tahap yang sangat membanggakan. Keputusan yang memberansangkan di peringkat IB dan SPM pada tahun 2020 memberi harapan kepada kita ibu bapa bahawa pencapaian di masa akan datang akan terus meningkat.

 Ini tidak lain tidak bukan kerana gemblengan pentadbiran MCKK dan sokongan yang kuat daripada pihak berkepentingan seperti Lembaga Pengelola, Yayasan MCKK, PIBG dan MCOBA.

Saban tahun MCKK menerima sumbangan yang diusahakan oleh pelbagai pihak berkepentingan tersebut dan antaranya juga didokong oleh para ibu bapa. Pihak PIBG berharap usaha ini akan berterusan meskipun keahlian PIBG juga akan bertukar. PIBG berharap sumbangan-sumbangan diusahakan dengan niat yang diikhlas supaya ianya memberi kebaikan berlipat ganda.

HAMDI ABDULLAH
Yang Dipertua
PIBG MCKK